Saturday, 9 February 2013

Umrah Bersama KRS Travel

Mari belajar sedikit mengenai Umrah (untuk semua dan paling penting peringatan untuk DIRIKU)
 Rukun Umrah
Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
1)   Niat ~ Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah.
2)   Tawaf ~ Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
3)   Sai’e ~ Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
4)   Tahallul ~ Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
5)   Tertib ~ Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
 Imbas kembali, ketika aku berpeluang menjejak kaki (5 tahun lepas) bersama arwah Ayah dan Mak. Sungguh indah dan tiada kata yang boleh mengambarkan betapa aku gembira membawa mereka berdua. Pengalaman ini tidak dapat aku ulangi...
Buat dua tahun berturut2, Mak mengunjungi Mekah dan Madinah.... tanpa Ayah... tetapi ditemani oleh anak2nya. Dan untuk tahun ini, Mak pergi bersama kakak, adik lelaki dan adik perempuanku. Mereka berempat dan tinggallah aku keseorangan di Malaysia. Rugi rasanya tetapi aku tidak dapat mengelak dari tugas dan tanggungjawap ku.
Kali ini bersama KRS Travel dan mereka semua bertolak pada 8 Feb dengan penerbangan pukul 11.30pg terus ke Madinah untuk 3-4 hari sebelum berangkat ke Mekah. 
 Perjalanan dari KLIA ke Jeddah, biasanya mengambil masa 8 jam. Pemeriksaan imigresen dan pengambilan bagasi biasanya akan mengambil masa paling singkat 2 jam.  Lazimnya perjalanan menaiki bas dari Jeddah ke Madinah akan mengambil masa 6 jam hingga 8 jam, bergantung kepada corak pemanduan pemandu bas.
Maka jika dicampur masa perjalanan dari KLIA ke Jeddah hingga ke Madinah sudah menjadi lebih dari 18 jam iaitu 8 jam dari KLIA ke Jeddah campur 2 jam di Terminal Haji Jeddah campur 8 jam dari Jeddah ke Madinah. Sangat lama dan meletihkan.
Nasib baik telah ku ingatkan kakak dan adik ku supaya membawa Premium Beautiful bersama. Sekurang-kurangnya, bahagian waist nipper dapat membantu melegakan lenguh dan sakit kaki disamping menyokong sakit tulang belakang akibat terlalu lama duduk di dalam kapal terbang. 
 
Kepada semua, jikalau ada peluang, jangan sesekali lepaskan kerana bukan semua dijemput olehNya  walaupun duit berkepuk-kepuk....
Buat ahli keluarga ku ~ Selamat Pergi Dan Pulang Dengan Selamat - Kirim salam rindu pada 'Ayah'"

No comments:

Post a Comment